Share |

Hamar, wanita di Ethiopia




Originally uploaded by Eric Lafforgue
Ini adalah gambar seorang wanita puak Hamar di negara Ethiopia, yang diambil oleh seorang jurugambar bernama Eric Lafforgue.


Dalam banyak-banyak cerita puak Hamar yang diceritakan oleh beliau, yang paling menarik perhatian Fuji adalah mengenai rantai leher yang dipakai oleh wanita Hamar ini.

Berikut adalah terjemahan dan ringkasan cerita wanita puak Hamar:

Wanita-wanita puak Hamar memakai rantai manik, gelang besi di sekeliling lengan, dan menghias payudara mereka dengan cengkerang-cengkerang cowry, seperti bra semulajadi.

Wanita puak Hamar yang sudah berkahwin akan memakai "esente" ;iatu rantai leher (berbentuk cincin) yang diperbuat daripada besi dan dibaluti kulit haiwan (leather).
Si isteri yang memakai "esente" seumur hidup melambangkan kekayaan si suami.
Terdapat satu lagi rantai leher menarik perhatian jurugambar ; rantai "bignere". "Bignere" juga diperbuat daripada besi dan kulit haiwan, dan apa yang membezakannya daripada rantai "esente" ialah bentuknya seperti 'phallic' (bentuk kemaluan lelaki)

Seperti yang anda boleh lihat di gambar sebelah, wanita ini memakai tiga rantai leher. Yang paling atas adalah "bignere" melambangkan wanita ini adalah isteri pertama.
"Bignere" amat penting buat wanita Hamar kerana bagi puak Hamar, wanita yang memakai "Bignere" mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam puak Hamar.
Manakala dua lagi rantai di bawah "Bignere" melambangkan si suami telah mengambil 2 lagi isteri lain.






Fuji berfikir sejenak, alangkah bahagianya kalau si isteri memakai "Bignere" sahaja. Tiada gunanya "Bignere" jika adanya "Esente".


0 comments to "Hamar, wanita di Ethiopia"

Post a Comment

This Week's Popular Posts

Total Pageviews

All Time Popular Posts

Anda mungkin juga berminat...


Web hosting for webmasters